Saturday 23 April 2011

Prabestari

Yang ini  ialah kelas saya iaitu Prabestari. Terdapat seramai 22 orang murid semuanya, 11 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan yang kesemuanya berumur 6 tahun. Semuanya agak aktif dan cergas. Kadang-kadang sesak nafas cikgu dibuatnya....

PRASEKOLAH SK CHANGKAT LADA 2, 2011

Inilah pintu masuk ke Prasekolah SK Changkat Lada 2. Prasekolah ini mempunyai 3 buah kelas iaitu Prabestari, Prabagus dan Prabijak. 2 buah kelas untuk pelajar 5 tahun dan sebuah kelas untuk pelajar 6 tahun. Bilangan pelajar untuk tahun ini pula ialah seramai 71 orang.